Resepi Rendang Ayam Sedap dan Simple

Setelah beberapa hari ini masak ikan goreng, teringin pula untuk masak resepi rendang ayam sedap dan simple. Sudah lama juga tak membuatnya. Saya biasa bercadang menggunakan resepi ini untuk masakan pada hari raya. Resepi ini menggunakan 2 ekor ayam. Rendang ini bila dikacau lama-lama dengan api kecil lebih sedap, hingga warna menjadi gelap. Rendang juga merupakan masakan yang tahan lama dan lambat basi kerana bahan-bahannya dihiris dan ditumis terlebih dahulu.

Resepi rendang ayam sedap dan simple ini boleh dimakan bersama nasi lemak untuk sarapan pagi. Ada beberapa cara memasak rendang, cara pertama menggunakan kaedah tumis bahan kisar di dalam minyak, dan cara kedua tidak menggunakan minyak, tetapi dimasak dalam santan pekat hingga pecah minyak. Yang akan saya kongsikan kali ini menggunakan kaedah pertama.

Resepi Rendang Ayam

Bahan-bahan

  • 2 ekor ayam
  • 1 kg bawang merah di hiris
  • 3 labu bawang putih di hiris
  • 4 inci halia di hiris
  • 4 inci lengkuas di tumbuk
  • 2 inci kunyit hidup di tumbuk
  • 4 batang serai di titik
  • 4 senduk cili kisar
  • 4 kg santan
  • 2 keping asam keping
  • kayu manis
  • buah pelaga
  • bunga lawang
  • garam
  • gula
  • daun kunyit
  • kerisik
šŸ‘‰ TRENDING:  Resepi Ayam Masak Paprik Kuah Pekat

Cara masakĀ rendang ayam

  1. Pertama-tama panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris dan serai sehingga wangi.
  2. Lepas tu, masukkan cili kisar dan kunyit beserta lengkuas dan tumis sehingga benar-benar garing.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga kecut.
  4. Masukkan santan dan masak dengan api perlahan je.
  5. Terakhir, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa, dan masak sehingga kuah kering dan pecah minyak.

Itulah cara membuatĀ resepi rendang ayamĀ sedap dan simple yang boleh saya kongsikan. Jika anda suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum tutup api. Untuk mendapatkan kuah gelap, setelah ayam masak keluarkan ayamnya dan masak bahan perencah sambil dikacau dengan api perlahan. Rendang ayam ni lebih sedap dimakan bila masih panas.

šŸ‘‰ TRENDING:  Resepi Ayam Goreng Berempah Rangup dan Simple