Resepi Tomyam Ayam Pekat dan Sedap

Rencana esok hari nak cuba masak resepi tomyam ayam pekat sedap dan mudah. Tomyam ni kesukaan encik suami saya. Kalau nak ke rumah, pasti sudah pesan minta buatkan masakan thailand ni. Tidak bosan rasa lidah tu makan ni je. Jadi, sebelum masak saya cuba kongsikan kepada anda bagaimana cara buat tomyam ayam dengan kuahnya yang pekat. Sedap lah pokoknya.

Resepi tomyam ayam pekat ni sangat sedap lagi mudah buatnya. Kuahnya pekat lagi pedas dan masam memang menyengat. Tiap kali buat tomyam mesti encik suami saya keluar masuk dapur kerana tak sabar nak makannya. Bila dah siap, dia hirup kuahnya sampai habis. Dia selalu cakap sedap makan tomyam di sini daripada makan di kedai. Kalau tak percaya boleh try di rumah resepi tomyam ayam pekat ni.

👉 TRENDING:  Resepi Ayam Percik Paling Sedap dan Simple

Resepi Tomyam Ayam

Bahan-bahan

  • 1 pakej perencah tomyam
  • 1 kiub pati tomyam maggi
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • 4 biji tomato
  • 6-7 cili padi
  • 3 batang serai
  • 4 daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • lengkuas atau halia
  • ayam / udang / sotong
  • bunga kubis
  • carrot
  • gula
  • penyedap rasa
  • perencah secukupnya

Cara masak tomyam ayam pekat

  1. Kisar 2 ulas bawang merah, 1 batang serai, 1 1/2 tomato, dan 3 cili padi.
  2. Masukkan air untuk buat kuah.
  3. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali dan masukkan juga 1 pakej perencah tomyam.
  4. Masukkan carrot sampai setengah empuk.
  5. Bila sudah, masukkan lebihan cili, serai yang di titik, halia yang di hiris, bawang besar, gula, garam, pati ayam, pati tomyam dan perencah secukup rasa.
  6. Tambahkan 2 sudu sos cili dan 2 sudu sos tiram. Kacau sehingga mendidih.
  7. Bila sudah mendidih, masukkan ayam / udang / sotong, bunga kubis, tomato dan daun limau purut.
  8. Rasa-rasa sedikit bila sudah sedap tutup api.
👉 TRENDING:  Resepi Kari Ayam Sedap, Pekat dan Simple

Itulah resepi tomyam ayam pekat yang boleh anda cuba di rumah lagi mudah dan sedap. Anda boleh mengganti ayam dengan udang atau sotong, atau boleh juga di tambah semua. Sesuaikan dengan selera anda sahaja. Anda juga boleh menambah 2 sudu sos cili dan 2 sudu sos tiram untuk membuat rasa lebih sedap.