Resepi Roti Jala Lembut, Mudah dan Sedap

Resepi roti jala adalah sejenis kuih berbentuk jala laba-laba. Roti ini sering ditemukan pada sajian hari kenduri atau jamuan hari raya dan biasanya dihidangkan bersama kari ayam. Resepi roti jala lembut dan mudah ni memang paling sedap. Banyak rekan-rekan saya yang suka. Apalagi anak-anak, suka request buat roti ini.

Sebelum membuat resepi roti jala, sebaiknya anda menyiapkan botol sos picit dengan muncung yang kecil sebagai acuan. Bila anda tak nak dengan botol tu, anda boleh menebuk tiga lubang kepada botol air yang terguna. Jom tengok resepi jika ada yang mahu mencuba roti jala lembut ikut sukatan cawan, sedap, dan lagi mudah.

Resepi Roti Jala

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air/santan/susu segar (boleh campur sedikit-sedikit)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara buat roti jala

  1. Campurkan semua bahan-bahan di atas dan menggunakan mesin pengisar sehingga sebati.
  2. Panaskan kuali dengan api sederhana, dan lengserkan sedikit minyak pada kuali.
  3. Kirai adunan roti tadi dengan menggunakan acuan ke dalam kuali yang telah panas, dan bentuk menjadi seperti jala.
  4. Kalau nak tahu adunan sudah boleh di jala atau belum, cuba masukkan satu sudu adunan ke dalam acuan, kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala.
  5. Kalau masih pekat, boleh tambah air lagi sehingga boleh dijala.
  6. Lepas jala atas kuali, biarkan sekejap hingga masak. Kalau sudah masak tak payah dibalik lagi. Angkat je dan masukkan ke atas pinggan dan di gulung.
  7. Habiskan adunan dan ulangi langkah-langkah di atas ni. Tak perlu lengserkan minyak setiap kali nak kirai adunan, sekali-kali je).
  8. Roti jala sudah siap dihidangkan
👉 TRENDING:  Resepi Puding Roti Kukus dan Bakar Paling Best

Demikian resepi roti jala lembut, mudah dan sedap yang boleh saya kongsikan. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan dalam resepi ni, mesti dikacau terlebih dahulu supaya tetap sebati. Anda juga boleh menggunakan kuali non stick untuk adunan tidak melekat. Hidangkan bersama kari kegemaran anda untuk dapat rasa lebih sedap. Selamat mencuba dan semoga berjaya membuatnya.