Resepi Kek Pisang Bakar Gebu dan Mudah

Hari ini yang saya kongsikan ialah resepi kek pisang bakar yang bukan sahaja sedap dan lazat, tapi juga moist, lembut, dan basah di atas permukaannya. Resepi yang dikongsikan ini perlu banyak bahan. Tapi disini hanya sediakan 1/2 adunan sahaja. Jom kita intai resepi kek pisang bakar yang lembut dan moist ni.

Resepi Kek Pisang Bakar

Bahan-bahan

  • 350 gm pisang yang masak ranum
  • 200 gm gula halus
  • 250 gm tepung
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu teh ovellete
  • 1 sudu teh baking powder
  • 125 gm minyak jagung
  • 1 sudu teh esen pisang
  • pisang di hiris nipis-nipis untuk hiasan

Cara buat kek pisang

  1. Campurkan tepung gandum dan baking powder, dan di ayak.
  2. Lumatkan pisang dengan sendok dan masukkan ke dalam mixer bersama gula halus.
  3. Putar hingga gula larut dan sebati.
  4. Masukkan telur satu per satu dan putar terus hingga gebu.
  5. Letakkan 1/2 sudu teh ovellete supaya lebih spongy.
  6. Pastikan adunan telur di pukul sampai kembang dan gebu, hingga bertukar warna pucat keputihan.
  7. Lepas tu, masukkan susu segar dan terus putar.
  8. Gunakan speed mixer yang perlahan dan masukkan tepung sambil terus diputar hingga adunan sebati.
  9. Tutup mixer dan tuangkan minyak jagung, dan kaup balik adunan hingga rata.
  10. Sediakan loyang yang sudah di gris dengan butter, lapik dengan kertas minyak.
  11. Panaskan oven 170 C api bawah bawah dan 150 C api atas selama 15 minit sebelum masukkan kek.
  12. Tuangkan adunan ke dalam loyang
  13. Letakkan pisang nipis di atas permukaan, jangan terlalu tebal nanti tenggelam.
  14. Masukkan loyang ke dalam oven dan bakar selama 50-60 minit bergantung kepanasan oven.
  15. Cucuk dengan lidi untuk memastikan kek sudah masak. Bila lidi keluar kering, berarti kek dah masak. Bila belum, tambahkan masak bakar 5-10 minit.
  16. Bila dah masak, sejukkan selama 10 minti dan terbailkkan di atas redai.
  17. Kek pisang siap disantap.
👉 TRENDING:  Resepi Cheesekut Sedap dan Mudah

Cukup sekian resepi kek pisang bakar gebu dan mudah yang dapat saya kongsikan. Kek ni bila dibiarkan semalaman, permukaan ianya akan lembab dan macam basah-basah gitu. Anda juga boleh taburkan badam cincang bila suka untuk hiasan diatas permukaannya sebelum dibakar.