Resepi Ayam Buttermilk – Banyak masakan ayam yang menjadi kesukaan setiap orang. Ada pelbagai ciptaan baru yang menggunakan bahan masakan ayam. Salah satu masakan yang paling banyak di suka adalah ayam masak butter. Saya telah menyediakan pelbagai resepi ayam terbaik, mudah dan garenti sedap untuk anda cuba sendiri di rumah. Pada artikel sebelumnya saya telah membincangkan ayam masak merah. Semoga artikel yang saya tulis boleh anda pahami dengan baik.
Sebenarnya ada yang memanggil ayam buttermilk ni dengan resepi ayam butter je. Versi resepinya pun ada banyak. Kami hanya ikut kesukaan tekak kami je yang suka dengan cheese. resepi ini memang masih terbaik dan paling sedap daripada yang lain. Kami sekeluarga tak pernah menginggalkan sedikit pun kuah di periuk. Jom kita tengok cara membuat ayam buttermilk dibawah ini.
Resepi Ayam Buttermilk
Bahan-bahan
- 2 keping ayam boneless – di potong kecil
- beberapa keping cheese
- 2 sudu besar butter
- 2 sudu besar cili padi – di cincang
- 1 sudu besar cili merah – di cincang
- 230 ml susu cair
- 1 pelepah daun kari
- secubit serbuk perasa ayam knorr
- serbuk lada hitam
- garam secukup rasa
Bahan perap
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil serbuk kari
- 1/2 sudu besar gula
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 biji telur
Cara masak ayam butter
- Mula-mula perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam.
- Masak ayam yang sudah di perap sehingga kekuningan guna non stick pan. Angkat dan ketepikan.
- Tumis cili dan daun kari dengan butter hingga naik bau.
- Masukkan susu cair dan masak hingga mendidih.
- Lepas tu masukkan cheese, serbuk perasa ayam knorr, serbuk lada hitam, garam dan gula.
- Masukkan ayam dan masak sekejap kerana tepung yang di tabur pada ayam akan memekatkan kuah.
- Tutup api dan ayam siap di makan.
Sekianlah resepi ayam buttermilkyang sudah saya kongsi hari ini. Bila anda rasa pedas terlebih, tambahkan sedikit gula. Sampai jumpa di artikel resepi lainnya dan semoga selalu berjaya.